Monday, 28 October 2013

Maksud Bacaan Dalam Solat

Salam alaik :)

Just want to share a simple yet an important things in improving our solat.
Rugi la kalau kita tak tau apa kita baca dalam solat.
Kita tengah menghadap Allah, berhubung dengan dia, Pemilik hati kita.
Tapi kita tak tau apa yang sedang kita bagitahu dekat Dia, 'sembang' dengan dia.
Jangan samakan macam kita nyanyi lagu Korea, tau nyanyi je tak tau maksud.
Mungkin sebab tu kita belum dapat khusyu' dalam solat.


Another reminder :

Surah Al-Ma'un ayat 4-5

"Maka celakalah orang yang solat ! Iaitu orang yang lalai dalam solatnya "
Orang yg solat pun celaka sebab lalai, apa lagi yang tak solat ?
#Muhasabah #Istighfar

Selamat menghafal ! :D


Maksud Bacaan Di dalam Solat
Allah Maha Besar
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha
suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan
yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri
dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah
Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala
puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha
mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang
kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon
pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang
yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka
yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah
darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah
yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku
naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan
kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah
yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku
naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan
kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga
Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim
di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah
Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang
telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang
yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang
telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan
yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah
yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan
sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang
memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau
musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi
Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap
apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan
bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang
ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ..namun tak pula aku sanggup ke
Neraka-Mu. Kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa2 kami,
kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup
mahupun yang telah meninggal dunia"

Monday, 11 February 2013

Observation ~


Salam ~                                                                                                                                                
Hi there ! ^_^
Setelah lama menyepi, kini ku kembali *walaupun baru 2nd post :P

Its been a roller-coaster ride in Faculty Law UiTM Shah Alam. Of course in our life there will be ups and downs. But remember, Allah only gives the hard test to His best soldiers. So, be grateful if you have problems because Allah still remembers you. We don’t want our happiness, our free time, our wealth and our health to be classified as istidraj right ? ^_^

Dalam beberapa bulan ni jugaklah ana observe and research about few things. Its just my opinion and what I see. Sorry lah kalau adverse dgn anda2 ehhh ~

Lelaki
·         Kalau pinjam barang memang ambik guna dulu baru minta izin. Ini noghmal kalau roommates, classmates dan seangkatan dengannye. Tapi ini sejak ‘azali’ lagi kot. Perempuan not sure.
·         Fifa13, Fifa 13 everywhere.
·         Jemaah surau ? Malaikat ramai. Untunglah yang mana pergi.
·     Solat jumaat. 2 magic words I found. 1st, ‘Amma ba’d’ *tunduk pejam mata. 2nd words ? ‘Ibadallah’ *suddenly woke up mata terkebil-kebil. Yang lelaki fahamlah kot :P
·         Didn’t talk much.. Didn’t act much either.. hmmm
·         Their charisma speeks louder than what they are wearing. Whatever that means..


Perempuan
·       Very good at spending their money (Y)
·       Cepat terasaaaaaa
·       Ramai yang tak pandai masak macam mak2 sekarang.. Ten years from now there will be a billionare by just owning a restaurant.
·       More than meets the eye. Seriously.
·       Give good advices.. but didn’t use it to themselves whenever they needed it.. Short term memory lost maybe ?
·       Too much personality.. Life is too short to have a lot.. Just be your true self okayyy ?


Hurt your feelings or not, you may want to agree with me on some points above.. but hey.. its just my observation.. Im not a professional or anything.. Allah created us not perfect.. so don’t chase perfection.. but that doesn’t mean you cant improve yourself ! ^_^


Adios ~ 

Monday, 15 October 2012

Salam Ukhuwah Fillah ^_^

                                                      Assalamualaikum Wbt :)


Bismillah.. Alhamdulillah syukur.. Niat membuat blog akhirnya menjadi kenyataan.. insyaAllah.. Niat Lillahita'ala :) Syukran kepada mereka-mereka yang menyokong diri ini dalam membuat blog. Moga blog ini  menjadi menjadi manfaat kepada sahabat lebih-lebih lagi kepada umat. ^_^

Of course.. I have many options in choosing the name for my link.. but why QawamaWafiy ? I'll explain.. Wafiy is simply my middle name which is Aiman Wafiy bin Roslan. It means yang setia.. loyal.. Qawama ? Well.. There is someone behind it.. I'm glad to know this someone and she'll definitely be a great preacher insyaAllah.. :) Ada terbaca cerpen tentang Qawama which means pelindung.. protector.. It moved me.. So,i'll set the standard to be the shining armour.. Most importantly to my Deen, and my future spouse and children if I have the chance to spread my love further than to Allah,Muhammad S.A.W. , mom, mom, mom, dad, family and to my brothers and sisters in Palestine. Everyone knows her.. Aisyah Shakirah Suhaidi :) Well if you dont know her.. Cekidaut http://aisyahshakirah.blogspot.com/

If you combine those two words.. Qawama Wafiy, it means Protector yg Loyal.. Calon suami huh ? :P With Allah permision.. I'll be one :) But in being one.. Its not something you can do in a fortnight.. Lebih-lebih lagi dalam kehidupan beragama.. Islam bersifat syumul.. Menyeluruh.. Kehidupan kita seharian semuanya ada kaitan dengan agama.. How we eat,how we sleep,how to love,who to love, etc.. Dengan kemampuan yg ada.. InsyaAllah.. I'll share letters of loves from Allah and Rasul (al-Quran and Sunnah) and Islamic scholar's opinion and words in setting the standard in qualifying ourself in His Jannah insyaAllah :)

This blog is still under construction.. Sgt clean lagi.. Maap =.=' Really need your opinions and suggestions so that it will be more interesting to read.. Masheh ^_^

I'll end my post with a verse from the al-Quran.. 
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

Terang hati ,  Indah realiti , Hebat peribadi 
Selamat berdakwah!! ^_^